Thursday 29 September 2011

Wedding Impian


Aku dengan "Partner in Crime" adalah sangat simple. Kami suka yang simple-simple saja. Even bab kahwin pun aku dengan dia nak yang simple-simple saja. Tapi bila bercakap pasal kahwin, makna nya perkara ni tetap akan melibatkan keluarga. Keluarga pulak mesti nak yang Grand. Sekali seumur hidup lah kata kan. Tapi yang nak menanggung hutang seumur hidup mesti lah aku dgn "Partner in Crime"

Bayangkan budget kenduri kahwin yang lengkap RM30,000. Ya, itu lah harga nya sekarang. "Oh my, Oh my" bak kata "Mat Salleh".Kalau setakat baru kerja 6 bulan, macam mana nak kumpul sampai RM 30 k? (Dalam situasi ni aku jelah yang baru kerja 6 bulan. "Partner in Crime" dah 2 tahun)

Semua  tu termasuk budget untuk makanan para tetamu. Rawaknya aku dengan"Partner in Crime" dah kira budget untuk sekali majlis. Di sebab kan kami berdua orang KL, jadi kami mengambil keputusan untuk buat satu majlis sahaja.

Lagi satu kami berdua kena ambil kira. Kami anak last "yeay!" "Anak last, wedding mesti grand" . Maksud anak last tak bermakna kami berdua akan dapat "sponsor" yang banyak dari ibubapa. Tolong jangan salah anggap. Mak parents "Partner in Crime" aku memang full time house wife (dari dulu lagi) Bapak dia pulak dah pencen. Sama juga lah nasib aku, Papa hujung tahun ni pencen. Mummy pulak dah 7 tahun meninggal. Jadi aku dengan "Partner in Crime" tetap kena cari duit sendiri untuk kahwin.

Mampukah kami berdua nak persuade both family untuk kasi kami buat wedding yang simple? Macam yang kami nak?

Wednesday 28 September 2011

Misi Chinta

Misi Chinta adalah permulaan untuk persiapan aku tentang cinta mati ku. Blog ini adalah tempat untuk aku luah kan segala persiapan aku untuk masa hadapan. Motif utama, blog ini akan aku jadi sebagai "Diari" persiapan aku untuk fasa yang baru dalam hidup.