Monday 17 October 2011

Kasut

Hari ni kerja kat Office tak menggila sangat. Jadi sempat lah aku google kasut kahwin! LOL. Yada, yada, yada... I know aku memang tak ada kerja lain! :P



Jadi ni lah hasil yang telah aku google:


Aku suka yang ini! CANTIK


I LOVE this!!




Picture all credit to google

Cantik- cantik kannn? Geram sungguh! Aku nak wedding shoes yang simple. So that kasut tu still boleh pakai bila-bila aku suka. Bukan hanya di pakai masa wedding je. Membazir je kan? Pakai untuk satu hari je? Motip? Hahaha... X sesuai!

Kalau boleh, on wedding day aku nak pakai Mary Jane Wedges, so tak de lah nanti kaki sakit sangat kan? Dalah kena berdiri, jalan sana sini melayan tetamu on that day.

Apa-apa pun, still nak kena bincang dengan "Partner in Crime" dulu :)

Monday 3 October 2011

Hakikat Persiapan Pekahwinan

Time kepala serabut pasal kerja, aku nak kasi "tenang" sikit dengan meng-log in kan diri aku kat Facebook. Lepas tu aku tenampak something interesting untuk di kongsi kan bersama. Artikel yang bagi aku agak menarik.



"Saya merasakan kita perlu wujudkan post mortem dengan apa kita lakukan dan apa yang berlaku di sekeliling kita. Namun, kita perlu mengelak dari menjadi kebiasaan diri kita yang selalunya mencari alasan untuk membenarkan cara, walhal kita perlu mencari kebenaran untuk mengetahui cara.

credit to google

Di musim perkahwinan yang lalu, rata-rata seronok sekali berkenduri kendara dengan pelbagai tema dan mengharungi pelbagai rintangan dalam persiapan. Rata-rata majalah dan ceramah agama menyentuh aspek larangan dalam kebiasaan menganjurkan walimatulurus seperti pakaian, kelalaian masa, pertembungan antara budaya dan agama, dan pembaziran wang. Namun, aspek persiapan dicanang-canang seawal 3 hingga 4 bulan, sehingga dianjurkan Wedding Festival dan Pameran Kerja Kahwin.
 

Secara umumnya, kita melihat bahawa kaum hawa lebih fokus dan komited dalam melakukan persiapan perkahwinan, dari persiapan jemputan, ketibaan, hiburan, bersanding dan makan beradap serta fotografi. Di pihak lelaki, rata-rata kita menyaksikan lelaki lebih cenderung bersiap sedia menghadapi saat akad nikah. Terutamanya berkenaan soalan-soalan cepu emas.

Tidak terlepas pandang, dikalangan lelaki yang mempersiapkan diri untuk malam pertama. Baju bersanding, keadaan dewan, jemputan dan berbagai lagi kebiasaannya menjadi pak turut sahaja. Kerenah manusia, ada juga lelaki begitu cerewet berkenaan persediaan begitu, kadang lebih cerewet dari perempuan pula.

Walaubagaimanapun, sejak kebelakangan ini, sekali pandang telah mula nampak kesedaran di kalangan bakal pengantin kerana ada mula membuat persiapan yang hakiki, persiapan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga, pendidik keluarga dan seorang yang melengkapi imannya.

Begitulah perkahwinan yang mengubah dengan mengangkat martabat seseorang. Alangkah ruginya jika kita tiada kesedaran ini dan beranggapan bahawa perkahwinan adalah semata-mata untuk berumah tangga dan untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Menyedari hakikat perkahwinan ini mengangkat martabat seseorang, maka persiapan perlu dibuat. Bagaikan kita akan ditabal menjadi seorang raja. Kita tidak mahu menjadi seorang raja yang bodoh dan dibonekakan. Oleh itu, ilmu itu perlu.

Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dan tasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan.

Jika kamu pembaca ini adalah seorang wanita, mintalah dia bawa kamu atau dia menghadiri kuliah-kuliah agama atau kelas pengajian dewasa di masjid-masjid berdekatan. Insya-Allah dengan usaha yang sedikit, akan membawa keberkatan dan ilmu itu datang kepada kita tanpa kita duga.

Ilmu berumahtangga, terutamanya kaedah-kaedah menghadapi konflik juga penting. Perkahwinan akan menggabungkan 2 keluarga dan seorang suami itu mengetuai jalingan antara dua keluarga ini. Tidak semudah dijangka, konflik dalaman yakni di dalam rumah kita sendiri juga boleh berlaku. Memadai jika bersenang-senang membaca buku-buku motivasi dan hadir ke perbincangan mengenai isu ini.

Ilmu ekonomi rumahtangga antara yang penting dan memainkan peranan besar dalam mengemudi kapal perkahwinan. Sebagai seorang ketua, kita menetapkan bajet dan memastikan anak-anak dan isteri berada dalam keadaan terbaik dalam mencari hala tuju masa hadapan mereka. Buatlah bajet untuk perbelanjaan harian, perbelanjaan ke arah ibadah, zakat dan nafkah.

Ilmu terakhir adalah ilmu menghadapi masalah. Meskipun kita miliki ilmu berumahtangga, ekonomi dan agama sekalipun tetapi kita kurang arif dalam menghadapi masalah, kemungkinan besar kita akan terjerumus ke dalam permasalahan yang lebih besar. Sabar dan bertolak ansur serta menyiasat sebelum bertindak antara kaedah-kaedah dalam menghadapi masalah.

Suka saya menyingkap kata-kata Imam Al-Ghazali, "ilmu semata-mata tidak akan dapat menyelamatkan orang", yang bermaksud, ilmu yang disimpan tetapi tidak diguna pakai akan menjadi sia-sia. Dan orang yang tiada ilmu pula ibarat kapal yang terapung, selamat, tetapi tidak dikemudikan kemana-mana dan mengikut sahaja kemana air membawanya. Carilah ilmu yang bermanfaat.

Dahulunya kita mampu memperlajari ilmu-ilmu di universiti, melepasi segala peperiksaan dan menggenggam ijazah, tidak mustahil untuk kita mempelajari ilmu agama pula. Yang penting, langkah pertama! Mencari ilmu tidak kenal usia, apa dimalukan untuk belajar meskipun usia sudah lanjut, sedangkan doktor-doktor falsafah umurnya menjangkau 40-50an masih belajar mencari PhD?

Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang."

 

 

*Biodata Penulis

Zulakmar Hazwan. Merupakan seorang perunding kejuruteraan yang banyak berkongsi ilmu dari pengalaman dari pemerhatian dan pemikiran berlandaskan ilmu-ilmu didapati dari kuliah dan bacaan. Aktif menghadiri majlis perkongsian ilmu (knowledge sharing) dan berkongsi terutamanya di laman webnya sendiri http://www.notafikir.com/

Sunday 2 October 2011

Pesanan Pak Cik Taxi

Tiba-tiba semalam sebelum aku tidur aku cuak... Yeah cuak tak tentu pasal. Sebab aku dengan "Partner in Crime" plan nak kahwin tahun 2013. aku ingat 2014. *Glup* Maunya aku tak telan air liur. 2011 ni pun dah nak hujung tahun.

Pejam celik, pejam celik dah masuk 2012. Less than 3 months lagi kan. Haih.. Macam cacing kepanasan lah dengan "Partner in Crime" aku next year. Macam mana tu kami nak kumpul duit kahwin less than 2 years? Hahaiii...

So, last Friday aku naik cab. Nak ke rumah future monther in law lah kata kan. Setiap Jumaat lepas kerja memang aku akan drop by rumah parents "Partner in Crime" yelah, tengok keadaan mereka, check things out, gossiping etc.

Tiba-tiba Pak Cik Taxi tanya "Dekat area tuttt (kawasan rumah "Partner in Crime") ade kenduri kahwin tak?" "Tak pasti lah Pak Cik, Saya tak duduk situ" "Ouhhh.. Pak Cik tanya je (aku tahu dia nak berbahasa basi to start the conversation) Awak dah kahwin ke?" "Belum lagi" "Dah tunang?" "Belum jugak" Aku selalu juga dapat soalan-soalan macam ni kalau naik cab. "Ada boyfriend?" "Ada Pak cik" "Bila nak tunang?" "Erk.. next year maybe.. InsyaAllah" "Nak kahwin bila" Aikk.. Pak Cik ni banyak tanya pulak. "2 tahun lagi"

"Jangan nak tunang lama-lama. Masa tunang tu macam-macam dugaan. Nanti asyik je bergaduh. Sedangkan sekarang tak bertunang pun asyik gaduh je kan? Pak Cik ada baca kat paper lelaki ni janji nak kahwin dengan perempuan ni, perempuan ni siap bagi 30k. Tba-tiba hari masa nak tunang tu laki tu tak datang-datang. Perempuan tu call tanya kat lelaki tu, adik lelaki tu pun tak tahu apa-apa. Kesian. Cari lelaki biar ikhlas.Kalau dia suruh kita keluar kan duit banyak, bagi dekat dia. Jangan lah. Tak boleh pakai lelaki macam tu"

"Nanti cakap kat Mak Ayah, jangan lah letak hantaran tinggi-tinggi. Kesian kat lelaki nanti" Aku iya kan lah apa yang Pak Cik taxi tu cakap. Ada betul nya.

Bab hantaran, aku memang taklah titik berat kan sangat. Even aku dah bagi tahu "Partner in Crime" yang aku tak akan mintak yang aneh-aneh di luar jangkaan. Sebab bagi aku simple je. Buat apa nak "ketuk" banyak sangat? Dah sure dia akan jadi laki kau kan? Kalau dah janji nak susah senang sama-sama. Buat apa nak susah kan pasangan. Its that simple.

Sekarag ni, ada juga yang cakap, duit hantaran ikut standard tahap pelajaran seseorang. SPM kah dia, Diploma kah dia, Degree kah dia. WTH lah...  This doesnt make sense at all. Hang pa tak kesian ka kat pasangan hang pa? Sian tahu. Dengan keadaan ekonomi dunia sekarang. Barang-barang mahal. Gaji ala kadar. Jilaka punya kerajaan (aku bukan government servan)

Aku akan tetapi dengan plan wedding yang simple. Beringat lah semua. Yang korang nak ketuk tu, "Future Husband" dengan "Future in law" juga. Berhati perut lah sikit. Ikot kemampuan. Kata nak susah senang bersama. Sangup ke tengok paangan anda susah? So, sekarang ni "Tepuk dada, tanya selera"